ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 175. Deposit selain daripada bon.

Apabila seseorang itu dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah atau pegawai untuk menyempurnakan sesuatu bon, sama ada dengan penjamin atau tidak, Mahkamah atau pegawai tersebut boleh, kecuali apabila bon itu disempurnakan untuk berkelakuan baik, membenarkan dia memberi wang deposit mengikut kadar yang ditetapkan oleh Mahkamah sebagai mengganti menyempurnakan bon tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.