ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 10. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut :
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Pihak Berkuasa Negeri selama apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di- Pertuan Agong.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (i), (ii), (iii) atau (v) bukan orang Islam, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya daripada Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota Majlis sehingga tempoh pelantikannya tamat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.