ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 33. Menjual atau memberi anak.

Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang didapati menjual, memberi atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak yang di bawah jagaannya kepada seseorang yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai anak tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.