ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 222. Kelihatan bulan.

(1) Hendaklah menjadi kewajipan Qadi Besar pada tiap-tiap bulan bagi membuat penyiasatan untuk menentukan hari yang anak bulan baru bagi bulan berikutnya harus kelihatan dan membuat penyiasatan, pada hari yang ditentukan itu, sama ada anak bulan itu sebenarnya ada atau tidak dan kemudian memperakukan dengan tandatangannya akan hasil penyiasatannya itu.

(2) Qadi Besar hendaklah kemudiannya dengan segera menyampaikan maklumat yang tersebut dalam subseksyen (1) kepada Pesuruhjaya untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Hendaklah menjadi suatu anggapan undang-undang yang tidak boleh dipatahkan bahawa anak bulan baru yang berkenaan itu telah kelihatan pada tarikh yang diperakukan oleh Qadi Besar itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.