ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 19. Perbuatan dilakukan dengan suci hati untuk faedah seseorang dengan tiada kerelaan.

Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan oleh sebab sesuatu kecederaan yang ia mungkin menyebabkan kepada seseorang yang untuk faedahnya ia dilakukan dengan suci hati, walaupun dengan tiada kerelaan orang itu, jika keadaannya adalah sedemikian bahawa orang itu tidak boleh menyatakan kerelaan atau jika orang itu tidak berupaya memberi kerelaan, dan tidak mempunyai penjaga atau orang lain yang sah di sisi undang-undang menjaganya yang kerelaan boleh sempat didapati daripadanya untuk perkara itu dilakukan untuk faedahnya:

Dengan syarat-
MISALAN

A
., seorang doktor bedah, lihat seorang kanak-kanak ditimpa suatu kemalangan yang mungkin menyebabkan ia mati melainkan jika suatu pembedahan dijalankan dengan segera. Masanya tidak ada untuk meminta kerelaan daripada penjaganya. A., yang bermaksud dengan suci hati untuk faedah kanak-kanak itu, menjalankan pembedahan itu dengan tidak menghiraukan permintaan kanak-kanak itu supaya jangan dijalankan pembedahan itu. A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.

Huraian
-Faedah kewangan semata-mata bukanlah faedah dalam erti seksyen 15, 16 dan 19.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.