ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 171. Arahan tentang pelaksanaan tugas bailif.

(1) Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, memberi apa-apa arahan kepada bailif mengenai pelaksanaan tugasnya sebagaimana yang difikirkan perlu.

(2) Mahkamah boleh mengeluarkan saman untuk hadir dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberi maklumat berkaitan dengan mana-mana pelaksanaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.