ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN III - KEWANGAN
AMANAH KHAIRAT



Seksyen 46. Perletakhakan.

(1) Semua harta yang tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 42 dan terletak di dalam Negeri Sabah hendaklah tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahhakkan atau pemindahmilikan apa jua pun, dan, dalam hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftarkan di bawah Ordinan Tanah Bab 68, terletakhak kepada Majlis, bagi maksud-maksud amanah, wakaf, atau nazr am yang menyentuhnya.

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak padanya bagi maksud-maksud yang bersamaan mana-mana harta sedemikian yang terletak di tempat di luar Negeri Sabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.