ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Fasal 11. Keanggotaan Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah subperenggan (1)(d) dan (e) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(3) Seseorang anggota yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam subperenggan (1)(c) (i) atau (ii) bukan orang Islam, Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam yang paling kanan selepasnya dari Jabatan atau Bahagian yang sama dengan orang itu untuk menjadi anggota bagi menggantikan orang itu.

(5) Tiap-tiap orang yang, sebaik sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa adalah Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang dilantik bagi Majlis terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masing terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota Majlis sehingga tempoh perlantikannya tamat.

(6) Hanya orang Islam dari Mazhab Shafie sahaja yang layak dilantik sebagai Ahli Majlis.

(7) Pengerusi bagi Majlis hendaklah pada masa itu orang yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa yang bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

(8) Timbalan Pengerusi bagi Majlis hendaklah orang yang pada masa itu memegang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang juga akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan segala dasar dan ketetapan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.