ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal keterangan palsu dan kesalahan-kesalahan terhadap keadilan awam



Seksyen 86. Menggunakan sebagai benar suatu perakuan yang diketahui sebagai palsu dalam sesuatu perkara material.

Mana-mana orang yang menggunakan atau mencuba menggunakan dengan cara tak jujur, sesuatu perakuan yang tersebut itu sebagai suatu perakuan yang benar, dengan mengetahuinya sebagai palsu tentang mana-mana perkara yang material, hendaklah dihukum sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.