ENAKMEN 11 TAHUN 1991
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Jemaah" ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Enakmen ini;

"Lembaga" ertinya badan yang didirikan oleh Majlis yang akan dikenali sebagai "Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam";


"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Johor yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 [En. No. 14/78].;

"Nazir Sekolah Agama" ertinya Nazir yang dilantik di bawah seksyen 17 Enakmen ini;

"Pendaftar" ertinya Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 3 Enakmen ini, dan termasuklah Timbalan-Timbalan Pendaftar; dan

"Sekolah Agama" ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam Negeri Johor atau mana-mana tempat yang termasuklah masjid, madrasah, surau, pusat Islam, balai Islam, pondok dan tadika di mana lima orang atau lebih mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubung dengan Agama Islam tetapi tidak termasuk mana-mana Sekolah Agama yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Johor.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.