ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA, JAWATANKUASA FATWA DAN FATWA YANG BERHUBUNGAN DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 38. Fatwa yang disiarkan dalam Warta adalah mengikat.

(1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan, kepercayaan atau pendapat peribadi.

(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua mahkamah di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya. Jika terdapat perbezaan fatwa atas perkara yang sama, fatwa yang terakhir dikeluarkan hendaklah terpakai.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.