ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM
Darihal Hak Mempertahankan Persendirian



Seksyen 29. Bila hak mempertahankan persendirian mengenai tubuh bermula dan berlanjutan.

Hak mempertahankan persendirian mengenai tubuh bermula setelah sahaja suatu ketakutan yang munasabah akan bahaya kepada tubuh terbit dari sesuatu percubaan atau ugutan hendak melakukan kesalahan itu, walaupun kesalahan itu tidak dilakukan; dan hak itu berlanjutan selagi ketakutan akan bahaya kepada tubuh itu masih berlanjutan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.