ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 30. Pelantikan Ketua Pendakwa Syar'ie dan Pendakwa-Pendakwa Syar'ie.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syar'ie.

(2) Ketua Pendakwa Syar' ie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis, atas syor Ketua Pendakwa Syar'ie boleh melantik, orang-orang yang layak dan sesuai dari kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah menjadi Pendakwa-Pendakwa Syar'ie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syar'ie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syar'ie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syar'ie sendiri, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan sendiri oleh Ketua Pendakwa Syar'ie.

(5) Orang yang, sebelum sahaja berkuat kuasanya Enakmen ini, memegang jawatan Ketua Pendakwa Syar'ie atau Pendakwa Syar'ie di bawah Enakmen dimansuhkan hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syar'ie atau Pendakwa Syar' ie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.