ENAKMEN 13 TAHUN 1994
ENAKMEN TABUNG AMAL JARIAH NEGERI 1994


Fasal 15. Akaun dan audit.

(1) Lembaga hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun dan lain-lain rekod yang sempurna berkenaan dengan perjalanan Tabung dan hendaklah menyediakan penyata-penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2) Lembaga hendalah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan akaun Tabung diauditkan oleh Ketua Audit Negara.

(3) Pada akhir setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun Tabung telah diauditkan, Lembaga hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri, berserta satu salinan pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atas mana-mana penyata akaun atau atas akaun-akaun amnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.