ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999


JADUAL KEDUA
(Subseksyen 4(3))

BORANG WASIAT BERTULIS

(Dengan nama Allah, Yang Amat Pemurah, Amat Mengasihani)


Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wassalam.

Ini adalah wasiat terakhir saya, ........................................................................................
(nyatakan nama)

No. Kad Pengenalan ....................................................

yang beralamat .........................................................................................................
(nyatakan alamat)
.................................................................................................................................


dengan disaksikan oleh saksi-saksi yang bertandatangan di bawah dan yang menyaksikan bahawa saya berada di dalam keadaan sihat dan waras fikiran yang membolehkan saya memahami bentuk wasiat dan akibat yang berbangkit daripadanya serta menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya dan bahawasanya Syurga itu benar dan bahawa Hari Kiamat akan tiba tidak ragu-ragu lagi dan Allah akan membangkitkan semua ahli kubur;

Saya mewasiatkan kepada anak, keluarga dan kaum kerabat saya supaya bertaqwa kepada Allah Azzawajalla dan mentaatiNya serta berdiri teguh di atas syariat dan ugamaNya dan mati di dalam Agama Islam, begitu juga saya mewasiatkan bahawa apabila ajal yang ditetapkan Allah ke atas makhlukNya tiba, mereka hendaklah berhati-hati dengan harta peninggalan saya; iaitu dimula dengan membelanjakan untuk menyempurnakan jenazah saya sehingga selamat dikebumikan; kemudian dibayar segala hutang saya yang tertanggung ke atas zimmah saya dan yang diakui di hadapan saksi-saksi saya, iaitu, dibayar kepada

* ....................................................................................................................................................
(nyatakan nama atau nama-nama)

sejumlah ......................................................................................................................................
(sebut jumlah)

dan dikeluarkan sehingga satu pertiga dari harta saya untuk diberi

kepada* ........................................................................................................................................
(nyatakan urutan nama waris)

kemudian bakinya di bahagi kepada waris-waris saya. Mereka ialah

*..................................................................................................(nyatakan nama-nama) mengikut sebagaimana ditetapkan oleh Syariat Allah Ta' ala dan saya berpesan supaya mereka menjaga anak-anak saya yang masih kecil. Mereka ialah

*..................................................................................................(sebut nama atau nama-nama) serta menyimpan bagi bahagian mereka masing-masing sehingga baligh dan matang pemikiran; telah mewasiatkan demikian semuanya kepada

..................................................................... (nyatakan nama atau nama-nama wasi) sebagai wasi atau wasi-wasi dan saya mempercayai agamanya, amanahnya, adilnya dan berpuashati kepadanya dan terserahlah kepadanya apa yang difikirkan patut untuk kebaikan mereka dan diterima oleh wasi atau wasi-wasi semua yang tersebut mengikut Hukum Syarak di hadapan saksi-saksi serta diturunkan tandatangan dan dibaca (berlafaz).



Ditandatangan oleh pewasiat di atas di hadapan kami, yang di atas permintaannya kami menurunkan nama-nama kami sebagai saksi-saksi..........................................
(Tandatangan Pewasiat)



...................................................
Nama saksi (1))
.................................
(Tandatangan)



.................................................
Nama saksi (2))
.................................
(Tandatangan)


*potong mana yang tidak berkaitan.



Diluluskan pada 9hb Ogos 1999.
[P.U. Sel. AGM/0037; JAI Sel. 6976.]
ASMAWAR BIN SAMAT,
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Selangor





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.