ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 49. Perlantikan Panel dan keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah .

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas nasihat Majlis setelah berunding dengan Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik lima orang yang mempunyai pengalaman atau kepakaran dalam bidang perundangan untuk menjadi ahli panel Mahkamah Rayuan Syariah dan perlantikan tersebut hendaklah diberitahu melalui Warta.

(2) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Syarie sebagai Pengerusi dan dua orang ahli panel yang dipilih olehnya.

(3) Jika oleh kerana apa jua sebab Ketua Hakim Syarie tidak berkeupayaan mempengerusikan Mahkamah Rayuan Syariah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang daripada ahli panel untuk menjadi pengerusi Mahkamah itu:

Dengan syarat pengerusi yang dilantik sedemikian hendaklah jika perlu memilih mana-mana ahli panel yang lain untuk mencukupkan keanggotaan Mahkamah tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.