ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 130. Isteri tidak menurut perintah

Mana-mana perempuan yang dengan sengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberikan oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.