ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Apabila rayuan dibuat terhadap pembebasan, tertuduh boleh ditangkap

Jika suatu rayuan dikemukakan terhadap sesuatu pembebasan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh mengeluarkan waran yang mengarahkan supaya tertuduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya dan boleh memerintahkan dia ditahan di penjara sementara menanti rayuan itu dibereskan atau membenarkan dia mengikat jamin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.