ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN PERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 39. Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.

Seseorang yang mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan manakala dia tidak diberi kuasa di bawah Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.