ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 75. Muhallil dan muhallalah.

(1) Sesiapa lelaki berkahwin dengan janda yang ditalak tiga sama ada melakukan persetubuhan atau tidak dengan janda yang menjadi isterinya dengan tujuan menghalalkan janda berkenaan berkahwin semula dengan bekas suami janda itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang lelaki yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dengan tujuan menghalalkan perkahwinan dengan bekas isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.