ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 83. Penyiaran senarai harta wakaf, nazr dan amanah.

Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 Disember tiap-tiap tahun Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta suatu senarai semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazr dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.