ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk dalam kecualian.

Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan adanya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am di dalam mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau syarat yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu adalah terletak atasnya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.