ENAKMEN 17 TAHUN 2003
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Fasal 89. Orang yang berhak kepada penjagaan.

(1) Sungguh pun hak terhadap hadhanah atau penjagaan anak mungkin terletak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu -


(2) Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka, dengan syarat bahawa dia adalah siuman sepenuhnya.

(3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai jika terma-terma dan syarat-syarat bagi surat cara yang meletakkan harta pada kanak-kanak itu terang-terang tidak membenarkan orang yang tersebut didalamnya daripada menjalankan apa-apa kuasa ke atas harta itu, dan dalam hal yang demikian Mahkamah hendaklah melantik seorang penjaga bagi harta kanak-kanak itu.

(4) Bagi maksud-maksud penjagaan ke atas diri dan harta, seseorang hendaklah disifatkan sebagai kanak-kanak melainkan dia telah genap umur lapan belas tahun.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.