ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 51. Perceraian dengan li'an

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syar'ie, apabila penghakiman, maka Hakim Syar'ie itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan li'an itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.