ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 9. Kuasa untuk menubuhkan syarikat.

(1) Majlis boleh, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan apa-apa aktiviti Majlis dalam melaksanakan kewajipan-kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah syarikat itu telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah di bawah subseksyen 7 (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.