ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 141. Wang, kumpulan wang pelaburan dan harta dalam Mahkamah.

Wang, kumpulan wang pelaburan atau harta lain kepunyaan penghutang penghakiman yang tersimpan dalam Mahkamah yang memberi penghakiman itu boleh, jika suatu perintah perlaksanaan telah dibuat, digunakan dengan izin Mahkamah untuk menjelaskan hutang penghakiman itu. Pelaburan dan harta selain daripada wang boleh untuk tujuan tersebut diperintah supaya dijual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.