ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 61. Menyubahati sesuatu perkara.

Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu perkara jika dia-

Huraian 1-Seseorang yang, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau pun cuba hendak menyebabkan atau mendapatkan, sesuatu perkara dilakukan dengan cara sengaja menyalahnyatakan atau sengaja menyembunyikan sesuatu fakta yang material yang dia berkewajipan menyatakan, adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

Huraian 2-Sesiapa yang melakukan apa-apa perkara sebelum atau pada waktu sesuatu perbuatan dilakukan, untuk menyenangkan perbuatan itu dilakukan dan dengan jalan demikian menyenangkan perbuatan itu dilakukan, adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.