ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 45. Mengeluarkan Perintah dari semasa ke semasa.

(1) Raja Pemerintah boleh sebagai Ketua Agama Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa berkaitan dengan perkara khusus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak:

Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Raja Pemerintah melalui pemberitahuan dalam
Warta.

(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah di sub-seksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.