Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN IV
Seksyen 13. Hukuman Zina.
(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu
mohsan
, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman
rejam
, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu
ghairu mohsan
, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.