ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 94. Sekatan-sekatan ke atas pewujudan amanah khairat.

(1) Sama ada atau tidak dibuat secara wasiat atau alang semasa marad-al-maut, tiada wakaf atau nazar yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini dan melibatkan lebih daripada satu pertiga daripada hartabenda orang yang membuatnya boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga itu.

(2) Tiap-tiap wakaf khas atau nazar yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini adalah batal dan tidak sah melainkan jika-
(3) Seksyen ini tidaklah berkuatkuasa menjadikan sah mana-mana wasiat, alang marad-al-maut, wakaf atau nazar yang tidak sah di bawah peruntukan-peruntukan Hukum Syara' atau mana-mana undang-undang bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.