ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN, WARAN TANGKAP DAN LAIN-LAIN



Seksyen 173. Deposit mengenai penahanan.

(1) Sebelum suatu perintah tahanan di bawah seksyen 172 itu dilaksanakan plaintif hendaklah deposit dengan bailif sejumlah wang yang mencukupi dalam pandangan bailif untuk membiayai kos penahanan, dan menjaga harta itu selama tempoh empat belas hari.

(2) Apabila tempoh tahanan melebihi empat belas hari plaintif hendaklah pada atau sebelum tamatnya empat belas hari yang pertama penahanan itu, mendeposit dengan bailif suatu jumlah tambahan bagi membiayai kos untuk empat belas hari kemudiannya dan hendaklah meneruskan membuat deposit sedemikian sebagai pendahuluan pada atau sebelum tamatnya sesuatu tempoh empat belas hari sepanjang tahanan itu berterusan :

Dengan syarat bahawa-

(3) Bailif hendaklah memberi resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang didepositkan di bawah seksyen ini dan hendaklah menggunakan jumlah wang itu atau sebahagian darinya seperti yang difikirkan patut bagi maksud seksyen ini dan hendaklah mengembalikan kepada pendeposit mana-mana baki selepas penghasilan harta yang tercagar atau diperintah jual di bawah perintah Mahkamah.

(4) Jika baki sedemikian tidak boleh dibayar balik kepada pendeposit dalam masa empat puluh jam selepas harta itu dilepas atau dijual, bailif hendaklah dengan segera membayar baki itu ke dalam Mahkamah untuk kredit pendeposit dan hendaklah memberitahu pendeposit itu sewajarnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.