ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 164. Jumlah bon.

Jumlah bon yang dilaksanakan di bawah Bab ini hendaklah ditetapkan dengan mengambil perhatian kepada keadaan di dalam kes supaya mencukupi untuk kehadiran orang yang ditangkap itu, akan tetapi tidak seharusnya berlebih-lebihan; dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh, di dalam mana-mana kes, sama ada terdapat rayuan dari sabitan atau tidak, mengarahkan supaya seseorang itu diberi jamin atau jaminan yang diperlukan oleh Pemeriksa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah dikurangkan atau ditambah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.