ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 59. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah
Hukum Syarak
terhadap mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.