ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - JEMAAH



Seksyen 11. Perlantikan dan keanggotaan Jemaah.


(1) Jemaah hendaklah dilantik oleh Pendaftar mengikut suatu Suratcara Perlantikan.

(2) Pendaftar hendaklah mengikut budibicaranya menimbang, menolak atau mencadangkan mana-mana orang lain bagi menggantikan orang yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan sebelum melantik ahli Jemaah.

(3) Jemaah hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut:

(4) Bagi maksud subseksyen (3), Pengetua atau Guru Besar hendaklah menjadi Setiausaha dan Penolong Kanan hendaklah menjadi Bendahari.

(5) Jemaah hendaklah dengan persetujuan Pendaftar melantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.