ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
Seksyen 150. Keputusan atas rayuan.
Pada masa pendengaran rayuan Mahkamah Tinggi Syariah boleh, jika ia menimbangkan bahawa tiada alasan yang cukup untuk mengganggu keputusan, menolak rayuan atau boleh
---
(a)
dalam rayuan daripada perintah pembebasan, membatalkan perintah itu dan mengarahkan bahawa orang yang dituduh dibicarakan semula atau mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya menurut undang-undang;
(b)
di dalam rayuan terhadap sabitan atau di dalam rayuan terhadap hukuman
----
(i) membatalkan keputusan dan hukuman itu dan membebaskan atau melepaskan orang yang dituduh atau memerintahkan dia dibicarakan semula; atau
(ii) dengan mengubah keputusan, mengekalkan hukuman atau, dengan atau tanpa mengubah keputusan itu, mengurangkan atau menambah hukuman atau mengubah jenis hukuman;
(c)
di dalam rayuan terhadap apa-apa perintah lain mengubah atau membatalkan perintah itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.