ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 164. Deposit perbelanjaan

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah bagi pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif adalah mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan milikan apa-apa harta selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika bailif terpaksa menyimpan harta itu melebihi empat belas hari dia boleh menghendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar dia boleh melepaskan harta itu.

(2) Bailif hendaklah menyimpan rekod mengenai semua wang yang didepositkan dengannya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.