ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 75. Hamil luar nikah.

(1) Seseorang perempuan yang didapati hamil atau melahirkan bayi di luar nikah akibat dari persetubuhan haram yang dilakukan dengan kerelaannya dan kesedarannya adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Seseorang perempuan yang melahirkan seorang bayi yang penuh sifat dalam masa enam bulan selepas dia berkahwin hendaklah disifatkan sebagai melahirkan anak di luar nikah:

Dengan syarat bahawa beban membuktikan seorang perempuan itu telah melakukan persetubuhan cara syubhat atau telah berkahwin atau anak itu dilahirkan dalam jangka masa yang boleh diterima mengikut Hukum Syarak adalah terletak di atas perempuan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.