ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 85. Menggantung prosiding jika pendakwaan terhadap kesalahan yang diubah memerlukan sanksi terdahulu.

Jika kesalahan yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau yang ditambah itu adalah suatu pendakwaan yang memerlukan sanksi terdahulu daripada Penasihat Undang-Undang Negeri atau Ketua Pendakwa Syarie, mengikut mana yang berkenaan, kes itu tidaklah boleh diteruskan sehingga sanksi itu diperolehi, melainkan sanksi untuk pendakwaan itu telahpun diperolehi atas fakta yang sama dengan asas pertuduhan yang dipinda itu atau ditambah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.