ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 25. Penurunan kuasa dan tugas-tugas.
(1) Majlis boleh, melalui ketetapan dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, menurunkan kuasa pada Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana Jawatankuasa Majlis mengenai perlaksanaan mana-mana tugas dan perjalanan mana-mana kuasanya.
(2) Perlaksanaan tugas dan perjalanan kuasa mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.
(3) Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, Setiausaha atau Jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua perbuatan dan perkara yang dibuat olehnya atau oleh Jawatankuasa itu mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1).
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.