ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 4. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang terikat atau oleh kerana silapfaham fakta percaya dirinya terikat di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang, atau sesiapa, oleh kerana silapfaham fakta dan bukannya oleh kerana silapfaham undang-undang, dengan suci hati percaya dirinya, terikat di sisi undang-undang melakukannya.

MISALAN

A., seorang pegawai Mahkamah yang telah diperintah oleh Mahkamah itu supaya menangkap Y., dan selepas siasatan yang sewajarnya, dengan mempercayai Z. sebagai Y., menangkap Z. A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.