ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 60. Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.

Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syarak, supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.