ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 96. Mencemarkan atau merosakkan masjid atau surau.

(1) Sesiapa tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, merosak, meroboh, mengubah atau memindah mana-mana masjid atau surau adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi empat ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, menampal apa-apa iklan, bil, notis, sepanduk, bendera, poster atau menulis, menanda, mencacat atau menconteng dengan apa cara di mana-mana bahagian masjid atau surau atau mana-mana kawasannya, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Sesiapa, mengambil atau mencuri apa-apa kepunyaan masjid atau surau tanpa kebenaran atau izin bertulis daripada Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.