ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994
BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
WAKAF DAN NAZAR
Seksyen 63. Sekatan membuat amanah khairat.
(1) Sama ada dibuat atau tidak, secara wasiat atau pemberian semasa maradhal-maut, wakaf atau nazar yang dibuat selepas berkuatkuasanya Enakmen ini dan melibatkan lebih dari satu pertiga dari harta orang yang membuatnya, adalah tidak sah mengenai bahagian yang melebihi satu pertiga itu.
(2) Semua wakaf khas atau nazar yang diperbuat selepas berkuatkuasanya Enakmen ini adalah tidak sah dan batal melainkan -
(
a
) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan atas nasihat Majlis, memperkenan dan mengesahkannya; atau
(
b
) ianya dibuat dalam keadaan maradhal-maut, dan orang yang membuatnya mati kemudiannya dan ianya dibuat secara bertulis melalui suratcara yang dilaksanakan dan disaksikan oleh dua orang Islam yang berkelayakan mengikut Hukum Syarak, di mana salah seorang dari mereka ialah pegawai masjid bagi kawasan tempat tinggalnya.
(3) Seksyen ini tidak boleh digunakan bagi mengesahkan mana-mana wasiat, pemberian semasa maradhal-maut, wakaf atau nazar yang tidah sah menurut Hukum Syarak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.