ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN III - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN AQIDAH



Seksyen 8. Pemujaan.

Sesiapa yang memuja atau menyebabkan dipuja mana-mana pantai, pokok, padang, kubur, hutan, bukit, atau apa-apa benda lain atau mana-mana orang dengan apa jua cara atau bagi apa-apa tujuan yang berlawanan dengan Hukum Syara' adalah bersalah atas sesuatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat, bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.