ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 38. Mendirikan masjid tanpa kebenaran.

Mana-mana orang yang mendirikan masjid atau dengan jalan yang lain menggunakan sesebuah bangunan yang ada, sebagai atau bagi tujuan sebuah masjid tanpa kebenaran daripada Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh, tertakluk kepada hak pihak ketiga, memerintahkan orang yang bersalah itu merobohkan bangunan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.