ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum diakadnikah.
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi-
(a)
oleh Pendaftar di bawah Seksyen 17, atau oleh Hakim Syariah di bawah Seksyen 18 jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Perlis; atau
(b)
oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seseorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.