ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 34. Menyubahati sesuatu perkara.


Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu pekara jika ia-



Huraian 1 - Seseorang yang dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, ataupun mencuba hendak menyebabkan atau mendapatkan, sesuatu perkara dilakukan dengan sengaja menyalah-nyatakan atau sengaja menyembunyikan sesuatu nyataan yang mustahak yang ia terpaksa menyatakan, adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

MISALAN

A, seorang pegawai awam, adalah diberi kuasa dengan suatu waran dari Mahkamah untuk menangkap Z. B, yang mengetahui hal itu dan juga yang mengetahui bahawa C bukannya Z, dan dengan sengaja menyatakan kepada A bahawa C ialah Z, dan dengan jalan demikian itu adalah dengan sengaja menyebabkan A menangkap C. Di sini B adalah menyubahati penangkapan C dengan jalan hasutan.

Huraian 2 - Barang siapa melakukan apa-apa perkara sebelum atau pada waktu sesuatu perbuatan dilakukan, untuk menyenangkan perbuatan itu dilakukan dan dengan jalan demikian menyenangkan perbuatan itu dilakukan adalah dikatakan membantu melakukan perbuatan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.