ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM 1988


Seksyen 15. Pendakwaan kesalahan-kesalahan.

(1) Sesuatu pendakwaan di bawah Enakmen ini tidak boleh dibawa kecuali oleh atau dengan sanksi Pendakwa Raya.

Dengan syarat bahawa orang yang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan itu boleh ditangkap, atau suatu waran untuk menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan seorang yang ditangkap sedemikian boleh ditahan dalam jagaan atau dibenarkan jamin, walaupun sanksi Pendakwa Raya tentang hal membawa pendakwaan atas kesalahan itu belum didapati, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga sanksi itu telah didapati.

(2) Apabila seorang dibawa di hadapan Mahkamah di bawah seksyen ini sebelum Pendakwa Raya memberi persetujuan terhadap pendakwaan itu, pertuduhan itu hendaklah dijelaskan kepadanya tetapi ia tidak boleh diminta mengaku salah atau tak bersalah, dan peruntukan-peruntukan undang-undang yang pada masa ini berkuatkuasa berkaitan dengan acara jenayah hendaklah diubahsuai dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.