ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUAT KUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT



Seksyen 57. Tatacara jika kesalahan boleh ditangkap disyaki

(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguat kuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar suatu laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu:

(2) Dalam setiap kes yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b), Pegawai Penguat kuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.