ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX - PROSIDING DALAM KES-KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 182. Rayuan.

(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah Rendah Syariah di bawah peruntukan-peruntukan Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Peruntukan Bab XVI hendaklah setakat mana yang terpakai, terpakai kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengubah atau mengakaskan pendapat atau meringan, mengubah atau mengakaskan hukuman yang mana rayuan dibuat terhadapnya.

(3) Peruntukan Bab XVIII hendaklah juga terpakai untuk semua prosiding oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.